GOLD Analisa Fundamental Harian 27 Mar 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Emas yang memacu naik lebih $24/oz, hingga mencapai paras tertinggi sekitar $1,219.85 Khamis semalam; menyusut semula pada petang sesi dagangan London, sebelum menutup pada paras $1,204.55, sekaligus menyebabkan harga emas berada dibawah pivot hari ini, sekitar $1,206.30 ketika artikel ini ditulis.  Kenaikan mendadak itu, dikaitkan dengan krisis di Timur Tengah yang menyaksikan Arab Saudi mengebom pemberontak-pemberontak di Yaman.

Emas telah meningkat selama 7 hari berturut-turut, selepas mesyuarat FOMC Amerika Syarikat menurunkan jangkaan perkembangan ekonomi dan kadar kenaikan “interest rate”.  GDP yang awalnya dijangka berkembang pada 2.6% akhir tahun ini, diturunkan kepada 2.1% dan “interest rate” pula diturunkan dari 1.125% kepada 0.625% sahaja. Amerika Syarikat telah berada pada kadar sekarang, 0.25%, sejak 2008 lagi selepas daripada krisis ekonomi dunia.

Di Eropah, Greece diberitakan sedang berdepan dengan syarikat dan isi rumah yang mahu mengeluarkan semua simpanan mereka, di bank-bank negara tersebut. Keadaaan yang menyebabkan pengeluaran lebih 7.6 bilion Euro itu, menjadikan jumlah deposit terkumpul menyusut kepada 140.5 bilion Euro – yang terendah dalam tempoh 10 tahun.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat