Grayscale Lancarkan Valuing Ethereum

1,061

Pengurus aset kripto terbesar, Grayscale telah melancarkan panduan baru kepada para pelabur yang berminat untuk melabur dalam Ethereum (ETH).

Valuing Ethereum bukanlah perkara yang baru. Ia merupakan sebahagian daripada cabang kajian firma itu yang mana mengetengahkan beberapa aspek berbeza dalam ekosistem kripto. Misalnya, Grayscale juga ada melancarkan panduan yang sama, Valuing Bitcoin.

Tidak dinafikan ETH juga mula meraih populariti luar biasa sejak kebelakangan ini hingga dilaporkan lambakan pelabur institusi mula beralih kepada aset kripto kedua selepas Bitcoin (BTC).

Buktinya, baru sebentar tadi ETH sekali lagi merekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada nilai $1,696 sebelum kembali ke paras $1,685 lima belas minit kemudian.

Valuing Ethereum memperincikan metodologi dalam menilai Ether sebagai aset natif Ethereum yang ‘legap dan berubah’. Ini bermakna, pelabur boleh melihat Ether sebagai wang, jenis komoditi asas bagi rangkaian Ethereum atau sebagai aset berfaedah dalam konteks Ethereum 2.0 yang melibatkan ganjaran proof-of-work yang menjadi insentif kepada perlombongan Bitcoin.

Grayscale turut menekankan dalam perkembangan Ethereum 2.0 yang berperingkat akan menjadi sesuatu yang positif kepada nilai ETH dan komunitinya: “Kami dapati bahawa harga Ether cenderung untuk bergerak sejajar dengan kegiatan di rangkaiannya.”

Sehingga hari ini, servis pelaburan paling terkenal Grayscale masih Graysclae Bitcoin Trust (GBTC) yang hampir menyamai Bitcoin ETF yang mewakili lebih $23.6 bilion dalam Bitcoin setakat ini.

Selain itu, Grayscale juga memiliki tujuh amanah aset tunggal dan dua daripadanya di dalam Ethereum dan Ethereum Classic. Dilaporkan firma ini memiliki $4.7 bilion dalam Ethereum.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat