Haa… GBP/USD Dah Turun Lagi Rendah Berbanding Minggu Lalu

439

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semakin bergerak lebih rendah berikutan faktor US dolar yang terus mengukuh dalam pasaran.

Selain peningkatan hasil perbendaharaan AS, sentimen pasaran turut dilihat cenderung ke arah lebih berisiko dengan ketegangan antara AS dan China serta kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Coronavirus.

Mata wang Pound terus bergerak lemah dibelenggu oleh tekanan ekonomi dengan pelaksanaan arahan sekatan pergerakan bagi membendung penularan virus.

Kerajaan UK sedang mempertingkatkan agihan vaksin untuk mengurangkan kesan krisis yang semakin kritikal. Britain kini menjadi negara kelima dengan kadar kematian tertinggi akibat Coronavirus dengan menelan angka lebih 81,000 korban.

Harga telah memulakan dagangan pada awal minggu ini dengan penurunan di sesi Asia lebih rendah melepasi paras sokongan minggu lalu pada sekitar 1.35400.

Penurunan harga menguji paras penting 1.35000 sehinggan dagangan bersambung ke sesi Eropah.

Dengan trend bearish harga yang dipaparkan, berkemungkinan harga akan meneruskan penurunan lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) 1.34000.

Namun jika berlaku kenaikan harga semula di atas paras sokongan minggu lalu pada 1.35400, harga berpotensi untuk menguji semula zon rintangan pada 1.36000.

Harga yang berjaya membuat kenaikan pada penghujung minggu lalu juga gagal untuk bertahan sebelum kembali bergerak di bawah zon tersebut semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat