Hacker Godam Rantaian Bekalan Dunia!

747

Oh tidak, amaran Ransomeware!

Rantaian bekalan dunia kini menjadi sasaran utama penjenayah siber yang menyerang industri perkapalan dan isu ini semakin merisaukan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Intel 471, firma penyedia perkhidmatan risikan musuh dan perisian malware, terdapat peningkatan kes serangan ransomware ke atas industri perkapalan sepanjang tahun ini.

Hal ini mengeruhkan lagi keadaan syarikat perkapalan yang memang sedia bergelut dengan masalah berkaitan pandemik Covid-19. Krisis keselamatan siber (Cybersecurity) di salah satu syarikat logistik dan perkapalan ini boleh memberi impak buruk kepada ekonomi pengguna dunia.

Tambahnya lagi, mereka mendapati beberapa broker rangkaian menjual bukti kelayakan atau akses dalam bentuk lain terhadap syarikat perkapalan dan logistik kepada penjenayah siber.

Syarikat-syarikat disasarkan merupakan yang bertanggungjawab memindahkan barangan bernilai berbilion dolar di seantero dunia seperti firma pengangkutan di Amerika Syarikat (AS), firma perkapalan kontena Jepun serta firma logisik di United Kingdom, Singapura dan AS yang beroperasi melalui pengangkutan kargo udara, darat dan maritim.

Menurut Intel 471 lagi, pelaku yang dikenal pasti terdiri daripada pendatang baharu sehingga broker pengeluar pengaksesan rangkaian yang mendapatkan kelayakan tersebut dari sistem penyelesaian capaian jarak jauh yang lemah termasuk Remote Desktop Protocol, Citrix dan SonicWall.

Sejak awal 2020, serangan ransomeware ke atas syarikat perkapalan dan logistik semakin meningkat dengan laporan yang menyatakan terdapat kenaikan sebanyak 62% kes seluruh dunia saban tahun.

Jumlah yang dibayar sekurang-kurangnya bagi insiden yang dilaporkan meningkat sebanyak 311% pada 2019 atau lebih daripada US$350 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat