Harga Berubah Arah, GBP/USD Berisiko Jatuh Lebih Rendah

612

Selepas pengukuhan yang dipamerkan Pound Sterling pada dagangan minggu lalu susulan petunjuk oleh Gabenor bank pusat England tentang polisi monetari, pelabur seterusnya menyerap sentimen terbaru yang kembali menyaksikan penyusutan nilai mata wang Britain itu.

Kembali memberi tekanan terhadap Pound apabila pada Sabtu lalu Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan langkah sekatan perjalanan tambahan yang lebih ketat untuk membendung penularan jangkitan variasi baru Coronavirus.

UK akan menutup semua koridor perjalanan bermula hari ini dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara itu perlu menyediakan keputusan ujian saringan Coronavirus yang negatif.

Berikutan itu, mata wang Pound Sterling dijangka akan bergerak lemah setidak-tidaknya pada awal minggu ini.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, corak penurunan harga telahpun dipamerkan pada penghujung minggu lalu di samping didorong oleh pengukuhan semula US dolar dalam pasaran ekoran sentimen yang dilihat berisiko.

Paras rintangan pada 1.37000 kekal menghalang lonjakan harga sebelum harga menjunam semula dan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Menyambung dagangan pada permulaan minggu ini, harga bergerak di bawah paras 1.36000 namun masih perlahan di sesi Asia.

Sesi Eropah dan New York dijangka akan lebih rancak dengan jangkaan penurunan lebih rendah harga bakal berlaku menuju ke paras tumpuan pada 1.35000.

Malah penurunan harga yang diteruskan berpotensi untuk mencecah sehingga ke paras sokongan 1.34000 pada minggu ini.

Namun jika berlaku kenaikan semula, harga bakal menguji paras 1.36000 sebagai zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan memberi isyarat trend bullish harga semula pada carta GBP/USD sebelum harga menguji semula paras resistance 1.37000 minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat