Harga Emas Meneruskan Peningkatan Dalam Pasaran Asia, Tumpuan Pelabur Pada Data NFP

70

Harga emas naik pada hari ini dalam pasaran Asia berikutan kenyataan Fed berkenaan kadar faedah dan juga didorong oleh penyusutan matawang U.S dolar dalam masa jangka pendek. Pelabur memberi tumpuan pada laporan nonfarm payroll (NFP).

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat sebanyak 0.22% kepada $1,280.13 per auns setakat jam 12.20 petang.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menyusut sebanyak 0.26% kepada 94.45 setakat jam 12.20 petang.

Berdasarkan laporan pada awal pagi hari ini, pembuat dasar Federal Open Market Committee (FOMC) bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah dan menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi U.S semakin mengukuh. Menurut penganalisis, Fed memberikan tanda-tanda bahawa kadar faedah dijangka akan dinaikan pada bulan hadapan.

Semalaman harga emas melonjak naik selepas mengalami pengurangan sedikit. Peningkatan harga emas didorong oleh kenyataan FOMC untuk mengekalkan kadar faedah pada bulan ini.

Selain itu, data terbaru sektor pekerjaan Amerika Syarikat merekod tambahan 235,000 pekerjaan pada Oktober lebih daripada jangkaan pasaran 202,000. Walaubagaimanapun, data pada September telah dikaji semula daripada 135,000 kepada 110,000.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. Dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat