Harga Minyak Kembali Mendongak!

314

Dagangan komoditi hitam menokok lebih tinggi pada Selasa setelah pengeluar utama menunjukkan bahawa mereka telah mengurangkan pengeluaran minyak mentah selaras dengan komitmen OPEC sebelum ini.

Penanda aras WTI Amerika Syarikat melonjak ke atas paras harga $54 setong buat kali pertama sejak Februari 2020, sementara minyak mentah Brent pula mengukuh pada $56.86 setong. Kedua-dua penanda aras telah meningkat lebih 2% pada sesi sebelumnya.

Menurut tinjauan Reuters, pengeluaran minyak meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan Januari selepas OPEC dan sekutunya, OPEC+ bersetuju untuk melonggarkan pengurangan pengeluaran lebih lanjut.

Bagaimanapun, peningkatan tersebut dilihat lebih kecil daripada dijangkakan. OPEC telah mengeluarkan 25.75 juta tong sehari pada bulan lepas, meningkat 160,000 tong sehari dari bulan Disember.

Rusia meningkatkan pengeluarannya pada Januari, sejajar dengan perjanjian ketika pertemuan Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC) pada awal bulan lalu, sementara jumlah minyak di Khazakhstan pula menurun.

Dalam apda itu, Saudi Aramco menganggarkan bahawa permintaan minyak mentah akan kembali meningkat ke tahap pra-Covid pada akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat