Harga Minyak Mentah Dunia Melonjak Hari Ini

59

Harga minyak mentah melonjak tinggi semasa sesi Asia hari ini selepas ahli OPEC dan bukan-OPEC bersetuju pada Sabtu untuk memotong pengeluaran minyak mereka sejumlah 1.76 juta tong sehari. Pemotongan ini adalah hasil usahasama 24 buah negara yang memberikan keyakinan kepada pedagang minyak berikutan lambakan bekalan sketika ini.

Minyak mentah melonjak sebanyak 4% selepas mesytuarat pada Sabtu berikutan ahli dari bukan-OPEC juga turut memotong pengeluaran mereka sebanyak 558,000.

Penganalisis di Goldman Sach percaya bahawa perjanjian terbaru ini akan meningkatkan harga minyak mentah dunia di sekitar $55 setong pada separuh masa pertama tahun 2017. Walaubagaimanapun, ada pedagang yang mengatakan selepas pengeluar minyak ini memotong pengeluaran mereka tahun hadapan, penawaran minyak akan bergerak dari lebihan kepada kurangan sebanyak 0.8 juta tong.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) mencapai paras tertinggi sejak Julai 2015 selepas melemah sebelum mesyuarat pada Sabtu. Manakala minyak Brent (Brent-oil) juga melonjak ke paras $56.62 setong yang menunjukkan kenaikan 4% berbanding penghantaran sebelum ini.

Harga minyak yang rendah sebenarnya memberi kesan negatif yang begitu signifikan kepada Arab Saudi dan pengeluar yang lain yang memaksa mereka untuk memotong pengeluaran bagi menaikkan harga minyak mentah dunia. Hal ini memberikan keuntungan kepada pengeluar minyak di US kerana harga yang telah meningkat.

Bagi pengeluar minyak US seperti EOG Resources, ConocoPhillips, Noble Energy dan beberapa yang lain mempunyai potensi untuk menambahkan pengeluaran mereka sebanyak 10%. Kita dapat melihat, bilangan pelantar minyak yang bertambah sebanyak 21 kepada 498 minggu lalu yang merupakan peningkatan tertinggi sejak Julai 2015 dan dijangka jumlah pengeluaran US akan meningkat beberapa bulan ke hadapan berikutan peningkatan harga.

Teori Harga Minyak Global Oleh Penganalisis di Goldman Sach

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat