Harga Minyak Mentah Jatuh Sebelum Naik Kembali Dalam Pasaran Asia

31

Harga minyak mentah didagangkan rendah pada hari Khamis sebelum melonjak naik kembali . Kejatuhan harga ini disebabkan data bekalan minyak mentah yang meningkat, begitu juga pengeluaran yang melonjak naik ke paras tertinggi 1 minggu lalu.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh daripada $57.80 kepada $56.67 pada awal pagi Khamis sebelum mencatat peningkat kembali sebanyak 0.18% kepada 56.91 setakat jam 9.55 pagi. Harga semasa kini bergerak di atas paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $63.63 setong iaitu meningkat sebanyak 0.20% setakat jam 9.55 pagi. Harga ini menghampiri bacaan harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

Harga minyak mentah menyusut 2 hari berturut-turut berikutan peningkatan dalam pengeluaran minyak U.S, ditambah pula dengan laporan bercampur daripada Energy Information Administration (EIA) yang melaporkan inventori minyak meningkat manakala minyak gas dan penyulingan jatuh disebabkan sentimen pasaran.

Data awal pengeluaran U.S yang dikeluarkan oleh EIA menunjukan hasil keluaran meningkat 0.7% iaitu 9.62 juta tong setiap hari, angka itu merupakan hasil keluaran tertinggi sejak Jun 2015.

Inventori U.S pula meningkat sekitar 2.2 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 4 November berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan 2.8 juta tong.

Selain itu, yang turut mendorong kejatuhan harga minyak mentah ialah disebabkan kejatuhan import minyak dari China daripada 9 juta tong pada bulan September kepada 7.3 juta tong.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat