Harga Minyak Mentah Melonjak Berikutan Jangkaan Pengurangan Bekalan Oleh Pengeluar

297

Pasaran niaga hadapan minyak melonjak lebih tinggi berbanding paras $1 dolar setong pada Khamis, kembali pulih separuh daripada hampir 5% kerugian pada sesi sebelum ini, ekoran jangkaan terhadap penurunan harga akan mendorong kepada pengurangan pengeluaran.

Minyak mentah Brent meningkat sekitar 2.7% sementara minyak WTI Amerika Syarikat naik 2.69% kepada sekitar $52.60 setong.

Kedua-dua kontrak tersebut mencecah paras terendah sejak Januari lalu pada Rabu selepas kenaikan pada inventori minyak Amerika Syarikat menambahkan lagi kegelisahan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang berkemungkinan akan terus berlarutan menjejaskan pertumbuhan permintaan untuk tahun ini.

Penganalisis menyatakan bahawa harga minyak akan bergerak lebih tinggi berikutan jangkaan Arab Saudi, pengeksort terbesar minyak dunia, dan negara pengeluar yang lain dalam OPEC akan mengambil langkah untuk menyokong pasaran minyak mentah dengan tindakan pengurangan bekalan.

Bloomberg melaporkan pada Rabu, Arab Saudi sedang berbincang bersama negara pengeluar yang lain untuk mengambil tindakan untuk membendung kejatuhan harga minyak mentah.

Tindakan yang diambil oleh Arab Saudi berkemungkinan mampu menstabilkan harga minyak mentah dalam retorik perang dagang yang terus memandu pasaran semasa.

Sukar dibayangkan untuk OPEC+ bersetuju untuk perjanjian had pengeluaran, namun dilihat kepada kejatuhan berterusan pada harga minyak mentah berikutan risiko perang dagang, tiada lagi pilihan lain yang mampu ditawarkan.

Dagangan dolar Amerika Syarikat yang masih bergerak lemah dalam pasaran sedikit sebanyak menyokong kenaikan pada harga minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat