Harga Minyak Mentah Meningkat, USD/CAD Mula Tunjukkan Corak Penurunan Harga

269

Matawang dolar Kanada mula menunjukkan tanda-tanda pengukuhan pada dagangan minggu ini susulan laporan jangkitan kes baru wabak novel Coronavirus mula perlahan.

Sentimen pasaran yang dilihat sedikit positif berbanding sebelum ini telah memberi harapan untuk harga minyak kembali mencatatkan kenaikan dalam pasaran.

Walaupun begitu, penurunan minyak mentah sehingga 20% sejak Januari bakal menjejaskan prospek bagi pelaburan baru pada sektor tenaga di Kanada.

Pelabur turut menantikan keputusan oleh OPEC+ bagi tindakan pengurangan pengeluaran bekalan minyak mentah yang bakal meningkatkan semula harga minyak.

Ucapan Gabenor bank pusat Kanada, Stephen Poloz di Melbourne Australia pada Khamis akan menjadi tumpuan pelabur untuk isyarat jangkaan bagi penetapan kadar faedah.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, harga mula menunjukkan corak penurunan harga selepas mencapai paras tertinggi 4 bulan pada Isnin hampir menyentuh paras 1.33300.

Pada dagangan semalam, harga yang turun lebih rendah di bawah paras 1.33000 cuba membuat kenaikan namun gagal melepasi halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) sebelum kembalui turun semula dengan paras terendah harian dicatatkan sekitar 1.32760.

Menyambung dagangan pada hari ini, harga meneruskan penurunan pada sesi Asia di mana harga yang masih berada di bawah garisan MA50 menunjukkan trend bearish pada carta USD/CAD.

Penurunan diteruskan pada sesi pasaran Eropah di mana harga menuju zon support terdekat sekitar 1.32700 dan 1.32600.

Penurunan harga lebih rendah berkemungkinan menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.32400 sebelum turun lebih rendah menguji paras tumpuan pada 1.32000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga yang berjaya melepasi halangan MA50 bakal menguji semula zon resistance di ketinggian 1.33300. Kenaikan lebih tinggi akan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Oktober tahun lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat