Harga Minyak Mentah Menjunam, USD/CAD Pamer Kenaikan Awal Sesi Asia

447

Pasaran minyak mentah dilihat masih berisiko dengan minyak mentah WTI telah mencatatkan penurunan harga ke paras terendah sejak hampir 2 dekad pada awal dagangan minggu ini.

Hal ini adalah berikutan faktor permintaan yang kekal merosot dan gagal disokong oleh keputusan pemotongan pengeluaran sehingga 9.7 tong sehari oleh kumpulan pengeluar minyak terbesar dunia yang diketuai oleh Arab Saudi dan Rusia.

Ini akan memberi kesan dagangan yang lemah buat matawang dolar Kanada pada awal minggu ini sementara pergerakan harga masih perlahan di sesi Asia.

US dolar yang mengukuh pada minggu lalu kembali bergerak pasif selepas sentimen pasaran positif didorong oleh pengumuman 3 fasa pembukaan semula ekonomi Amerika Syarikat oleh Presiden Donald Trump.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, pengukuhan US dolar pada awal minggu telah melonjakkan lebih 300 pips kenaikan sebelum penurunan semula hampir 200 pips pada penghujung minggu.

Permulaan dagangan awal minggu ini menyaksikan harga membuat kenaikan seawal sesi Asia bermula dengan kenaikan 60 pips menuju ke paras 1.4100.

Harga akan menguji zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum kenaikan seterusnya akan menguji paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.4180.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula zon resistance yang diuji pada dagangan awal April sekitar paras 1.4250.

Namun jika harga kembali membuat penurunan, harga akan menyambung penurunan minggu lalu menuju paras support harga pada 1.4000.

Melepasi paras tersebut akan mendorong penurunan lebih rendah menuju zon tumpuan sekitar 1.3940 sebelum menuju zon support pada 1.3860.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat