Harga Minyak Naik Lagi!

640

Dagangan komoditi hitam bergerak lebih tinggi pada Rabu selepas laporan industri menunjukkan bekalan minyak mentah AS jatuh lebih daripada yang dijangkakan oleh pasaran.

Penanda aras minyak mentah Brent naik 24 sen kepada $44.73 sen setong, setelah jatuh kira-kira 1% pada sesi sebelumnya. Sementara minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula menokok sebanyak 14 sen kepada $41.75 setong daripada kejatuhan sebanyak 0.8% pada Selasa.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bahawa bekalan minyak mentah AS jatuh sebanyak 4 juta tong pada minggu lalu, jauh lebih tinggi daripada jangkaan pasaran untuk penurunan 2.9 juta tong.

Selain itu, turut menyokong peningkatan harga minyak adalah perkhabaran positif daripada Rusia yang telah mendaftarkan vaksin Covid-19 pertama di dunia.

Presiden Rusia, Valdimir Putin memberitahu bahawa vaksin yang dikembangkan secara domestik itu, Sputnik-V telah diberikan kelulusan setelah kurang dari 2 bulan ujian klinikal dijalankan.

Walau bagaimanapun, vaksin ini masih belum selesai menjalani percubaan fasa ketiga, malah ia juga akan dimulakan pada hari ini.

Dalam pada itu, perkembangan mengenai rundingan pakej rangsangan Amerika Syarikat yang dikatakan akan dimulakan semula, akan terus menjadi tumpuan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat