Harga Minyak Terus Kukuh Menjelang Keputusan EU Ke Atas Rusia!

242

Harga minyak mengukuh di paras ketinggian hampir dua bulan pada Jumaat, disokong oleh kebimbangan berterusan pasaran terhadap bekalan global yang meruncing.

Data rasmi dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan penurunan yang lebih besar daripada jangkaan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat pada minggu lalu berikutan peningkatan eksport.

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) terus ‘memujuk’ Hungary untuk bersetuju dengan cadangan mengharamkan import minyak dari Rusia.

Tambahan daripada itu, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel mengatakan keyakinan beliau bahawa persetujuan boleh dicapai sebelum mesyuarat majlis seterusnya pada 30 Mei.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat pada sekitar harga $114 setong, manakala minyak Brent pula kukuh pada $117 setong.

Pada masa yang sama, harga turut disokong oleh dagangan US dolar yang lemah. Kedua-dua penanda aras itu berada di landasan untuk mengakhiri dagangan minggu ini dengan diniagakan lebih tinggi.

Menjelang pertemuan OPEC+ pada minggu depan, kumpulan itu dijangka akan mengekalkan sasaran pengeluaran minyak sebanyak 432,000 tong sehari pada bulan Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat