Harga Minyak Terus Meningkat, Turki Mengancam Untuk Menyekat Aliran Minyak Daripada Irak

81

Harga minyak meneruskan peningkatan pada hari Selasa dengan minyak mentah Brent mencecah paras tertinggi 26-bulan yang lalu, didorong oleh ancaman sekatan saluran minyak oleh Turki daripada kawasan Kurdistan di Irak ke luar negara.

Pasaran hadapan minyak Brent bagi bulan November meningkat 30 sen kepada $58.73 per tong pada jam 12.55 tengahhari, selepas berjaya naik sebanyak 3.8% semalam. Brent berjaya mencecah harga $59.49 pada sesi yang lalu, paras tertinggi sejak 10 Julai 2015.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) di Amerika pula naik 9 sen kepada $52.31, menghampiri paras tertinggi lima bulan lepas.

Brent merekodkan peningkatan harga lima hari berturut-turut, daripada $55 per tong seminggu yang lalu, selepas pengeluar OPEC/non-OPEC mengesahkan bahawa pasaran sedang pulih dan ke arah keseimbangan di samping permintaan yang semakin kukuh.

Antara faktor yang menyebabkan kenaikan harga hari ini adalah disebabkan oleh Presiden Turki, Tayyip Erdogan yang mengancam akan menyekat paip saluran minyak yang membawa minyak daripada kawasan utara Iraq ke luar negara, dengan tujuan menggandakan tekanan ke atas wilayah kuasa Kurdish terhadap referendum kemerdekaannya.

Saluran paip kepada pangkalan Ceyhan di Tukery kebiasannya boleh menghasilkan 500k-600k tong sehari.

Ketua ekonomi dari jabatan Penyelidikan dan Perundingan Research and Consulting Mitubishi UFJ di Tokyo berkata, “Kadar pematuhan syarat pemotongan daripada pengeluar utama yang meningkat serta berita tindakan Turki ke atas referendum kurdish di Irak mendorong kenaikan harga minyak. Brent mungkin boleh mencecah harga $60 setong, disokong oleh sekatan kecil ini”.

Perbezaan antara harga pasaran hadapan  WTI dan Brent meningkat kepada $7.17, paling besar sejak Ogos 2015 yang lalu. Laporan bekalan minyak API menjadi fokus komoditi hitam malam ini bagi melihat situasi semasa pasaran minyak di Amerika serta kesannya terhadap pasaran global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat