Harga Saham L Brands Terus Merudum

198

Harga saham syarikat induk bagi jenama terkemuka Victoris’s Secret, L Brands terus mengalami penurunan ekoran laporan kewangan yang tidak memberangsangkan yang dikeluarkan beberapa hari lalu. Harga saham L Brand ditutup rendah pada nilai $19.33, susut $0.70 atau 3.49%.

Pada satu ketika, harga saham syarikat itu pernah menjunam ke paras $17.61, satu paras yang tidak pernah dilihat sejak Disember 2009. Malahan, nilai saham ni juga telah hilang 42% berbanding tahun lalu.

Ahli eksekutif L Brands berkata, mereka sedang cuba menghasilkan barangan baru dan merancang untuk melancarkan teknik pemasaran yang terkini menjelang waktu cuti bagi membantu memulihkan semula perniagaan Victoria’s Secret.

Menurut CFO L Brands Stuart Burgdoerfer, reaksi terhadap idea itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Sehingga kini, Victoria’s Secret masih tidak dapat menghabiskan jualan pakaian dalam mereka ekoran promosi besar-besaran yang berlangsung sejak tahun lalu. Situasi ini dilihat akan berterusan sehingga musim luruh.

L Brands mengandaikan masalah yang dihadapi oleh Victoria’s Secret adalah berkenaan dengan produk, namun berbeza dengan pendapat penganalisis yang merasakan isunya mempunyai kaitan dengan jenama dan persaingan dimana ianya adalah sukar untuk dipulihkan. Salah satu pesaingnya, Bath & Body Works juga mengalami nasib yang sama dan ini menunjukkan bahawa sektor ini sudah mencapai ke tahap puncak.

Dalam pada itu L Brands bakal kehilangan ketua pegawai eksekutif pemasarannya, Edward Razek. Beliau yang telah memperkenalkan imej seksi bagi jenama Victoria’s Secrets sejak awal 1980 merupakan orang yang paling lama berkhidmat untuk syarikat itu selepas CEO Les Wexner.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat