Hasil Keputusan Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA)

573

Bank pusat Australia melihat perumbuhan ekonomi yang pantas pada tahun ini dan tahun seterusnya tetapi terdapat kesangsian terhadap kadar inflasi untuk mencapai sasaran sehingga tahun 2020.

Reserve Bank of Australia (RBA) menjangkakan pertumbuhan sebanyak A$1.8 trillion dalam ekonomi dan akan bertumbuh sebanyak 3.25 pertumbuhan pada akhir tahun ini dan akan naik 3.5 peratus pada Jun 2019.

RBA mengekalkan jangkaan mereka pertumbuhan tidak berubah berdasarkan ujuran yang ditetapkan pada bulan Januari. Manakala kadar inflasi dan pengangguran pada tahun ini dinaikkan sedikit.

Kadar pengangguran dilihat berlegar pada paras 5.5 peratus pada tahun ini dan akan berkurangan kepada 5.25 peratus pada pertengahan tahun 2019 dan akan kekal pada tahun 2020. RBA sebelum ini menjangkakan kadar pengangguran sedikit jatuh kepada 5.25 peratus pada pertengahan 2018.

Kadar inflasi juga dilihat berada dalam paras 2-3 peratus pada pertengahan 2018. Inflasi telah berada di bawah sasaran RBA sejak 2015 dan ia adalah sebab mengapa kadar faedah ditetapkan pada kadar 1.50 peratus pada bulan Ogos.

Gabenor Philip Lowe menekankan pertumbuhan upah yang perlahan pada sekitar 2 peratus dan dalam masa yang sama kebanyakkan barang dihimpit inflasi. Walaubagaimanapun secara keseluruhan ekonomi Australia sedang berkembang dan berada dalam landasan yang betul.

Tambah beliau, jika ekonomi berterusan berkembang seperti jangkaan, kadar faedah mungkin akan ditingkatkan.

Pada mesyuarat minggu ini, RBA mengekalkan kadar 21 bulan berturut-turut dan memberi tanda kestabilan polisi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat