Hebat, Satu-Satunya Dermawan Malaysia Dalam Forbes 2021

3,102

Mantap! Dalam majalah Forbes kot.

Pengasas dan pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang disenaraikan dalam pusingan ke-15 majalah Forbes bagi dermawan terkemuka di Asia yang merangkumi usahawan dan tokoh perniagaan yang telah menunjukkan komitmen peribadi yang jelas dalam beberapa aspek.

Menurut majalah tersebut, majoriti yang tersenarai adalah penyumbang baharu namun ada di antara penyumbang tersebut pernah menerima kepujian sebelum penyenaraian kerana pencapaian dalam membuat sumbangan kepada komuniti yang mewajarkan penyenaraian semula.

Kriteria utama pemilihan berfokus kepada pendidikan tinggi dan dermawan individu di rantau Asia-Pasifik yang menyumbangkan sejumlah besar kekayaan peribadi serta memberikan masa dan perhatian peribadi untuk tujuan pilihan mereka.

Dalam pada itu, Cheah telah mengumumkan pada September tahun lalu mengenai rancangannya untuk melancarkan dana endowment bernilai RM1 bilion bagi perolehan Sunway Education Group daripada model yang bergantung kepada tuisyen untuk menjadi berdikari dan mampu menawarkan lebih banyak biasiswa.

Menurut sumber dari Forbes, endowment tersebut datang daripada dana peribadi Cheah sendiri.

Bagi menjayakan rancangan tersebut, yayasan Cheah terlebih dahulu telah menggesa kerajaan Malaysia untuk meminda dasar yang memerlukan pertubuhan kebajikan membelanjakan sekurang-kurangnya 50% daripada pendapatan mereka menjelang tahun berikutnya supaya derma hartawan tersebut boleh dilaburkan dan berkembang seperti endowment di universiti di Amerika Syarikat.

Tahun lalu, Cheah telah mendermakan RM88 juta dalam bentuk geran dan biasiswa.

Menurut Cheah sendiri, beliau telah menderma lebih RM600 juta bagi tujuan biasiswa setakat ini dan berhasrat menyumbang sejumlah RM1 bilion dalam geran sepanjang hayatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat