Hilang Berbilion Dolar Tetapi Tetap Setia Kepada Kripto! Siapakah Gerangannya?

218

Andreessen Horowitz (a16z), syarikat pelaburan dana Amerika tetap yakin dengan “visi crypto-centric internet yang dipanggil Web3” walaupun menjadi mangsa kerugian berbilion dolar semasa pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik.

Buktinya, Chris Dixon, rakan kongsi syarikat tersebut dan ketua dalam pembuat keputusan berhasrat membuat pelaburan sebanyak mungkin dalam pasaran kripto sungguhpun mengalami sejumlah kerugian yang besar.

Hal ini berikutan kerana beliau percaya bahawa syarikat tersebut akan mengembangkan pasaran kripto dalam jangka masa panjang ekoran kini a16z masih berada dalam proses untuk menarik lebih ramai pelanggan menggunakan perkhidmatannya.

Malah dikatakan sesungguhnya kesuraman pasaran memberikan peluang keemasan kepada syarikatnya untuk terus memberi sokongan padu kepada usahawan-usahawan kripto.

Rentetan itu, a16z menambah baik strategi kenaikan harga aset kripto sejurus selepas dana kripto utama yang dilancarkan pada 2018 mengalami kerugian 40% daripada nilainya pada tahun 2022.

Namun begitu, a16z masih mengekalkan kedudukan sebagai syarikat yang memperoleh penjanaan positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran menjana 10% keuntungan selepas menyokong exchanger kripto Coinbase pada 2013.

Manakala, syarikatnya membuat peningkatan 100% dalam nilai pasaran non-fungible token (NFT) OpenSea semasa perjanjian dibuat pada tahun 2021.

Sementara itu, syarikat tersebut menyediakan pembiayaan sebanyak $40 juta kepada protokol decentralized knowledge Golden bersama rakan kongsinya, Ali Yahya dan co-founder Andreessen yang menyertai lembaga pengarah Golden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat