Hutang Negara Meningkat, Nak Sangkal Apa Lagi? IMF Desak El Salvador Buang Bitcoin

1,945

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sekali lagi mendesak El Salvador untuk gugurkan Bitcoin (BTC) daripada ekonomi negara itu.

Difahamkan keadaan ekonomi di El Salvador semakin membimbangkan dan memerlukan beberapa pembetulan untuk memulihkan semula keadaan.

IMF yakin ‘kerosakan’ ini berpunca daripada Bitcoin.

Apa yang berlaku?

Dalam pembentangan laporan terbaru, ekonomi El Salvador menunjukkan penyusutan kritikal dan pada masa yang sama hutang negara pula mencatatkan peningkatan.

Jelas IMF, penggunaan Bitcoin sebagai mata wang rasmi El Salvador sejak September 2021 telah menyekat pemulihan ekonomi: “Bitcoin sangat berisiko kepada integriti pasaran, kestabilan kewangan, dan perlindungan pengguna. Malah, penerimaan aset ini juga mewujudkan liabiliti luar jangkaan.”

Garis masa penentangan IMF terhadap keputusan El Salvador

IMF menolak keputusan El Salvador sebaik sahaja presidennya, Nayib Bukele mengumumkan rang undang-undang Bitcoin Law pada Jun 2021.

Ketika itu, Bukele menggesa seluruh penduduk negara untuk menerima BTC sebagai medium pembayaran, kecuali mereka yang berada di kawasan yang sukar mendapatkan capaian internet.

IMF berpendapat aset kripto mendedahkan lagi negara kepada risiko besar dan pendekatan undang-undang yang ketat diperlukan jika keputusan itu mahu diteruskan.

Tiga bulan kemudian, BTC sah menjadi mata wang rasmi El Salvador selepas Dewan Undangan meluluskan Bitcoin Law.

Apa boleh buat, sudah terlajak kata. Pada November, IMF sekali lagi mendesak El Salvador untuk give up dengan Bitcoin dengan alasan pasaran kripto sangat volatile.

Tetapi Bukele berdegil dan sehingga semalam, masih lagi mengambil peluang menambah BTC dan menjadikan aset simpanan negara itu mencecah 1,801 BTC ($66,629,959, bersamaan RM278,891,404).

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $36,996, meningkat lebih 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat