Hyundai Rancang Melabur $5 Bilion Di Amerika Syarikat

118

‘Makin besarlah pengaruh Korea dekat AS lepas ni.’

Semenjak penerimaan kereta eletrik (EV) semakin berkembang baru-baru ini, Hyundai Motors telah membentangkan rancangan untuk melabur $5 bilion di Amerika Syarikat.

Difahamkan pelaburan tersebut dibuat bagi mengembangkan teknologi mobiliti dalam bidang pemanduan autonomi (autopilot), robotik dan kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, Hyundai turut menyatakan hasrat untuk melabur $5.54 bilion bagi membina fasiliti di Savannah, Georgia yang bertujuan khas untuk pengeluaran EV.

Pencerahan syarikat ada memaklumkan bahawa Hyundai merancang untuk menghasilkan 300,000 unit kenderaan setahun menjelang 2025 dan menyasarkan untuk menjadi pengeluar EV ke-3 terbesar di AS pada 2026.

Ia secara tidak langsung manganjakkan rancangan syarikat sebelum ini yang mahu menjual sebanyak 3.23 juta EV di seluruh dunia menjelang 2030.

Hal ini juga selari dengan aspirasi kerajaan Joe Biden yang mahukan lebih banyak syarikat menapakkan kilang dan menjadikan AS sebagai pusat pembekalan EV seluruh dunia, mengunjurkan penjualan EV AS sebanyak 50% menjelang 2030.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Hundai Motor, Euisun Chung menyifatkan pelaburan tersebut akan mengukuhkan lagi hubungan baik antara 2 negara itu dalam menawarkan produk inovatif dan menyokong usaha karbon global.

Pada sisi berbeza, Hyundai telah membeli 80% kepentingan dalam syarikat pembuatan robot, Boston Dynamics dari Softbank pada Disember 2020 lalu.

Boston Dynamics merupakan sebuah syarikat pembuatan robot terkenal yang menghasilkan sebuah robot berupa seakan-akan anjing, Spot yang bernilai $1.1 bilion.

Dalam usaha autopilot pula, Hyundai telah memeterai kerjasama dengan syarikat teknologi AS, Aptive dalam menghasilkan teknologi tanpa pemandu yang dipanggil sebagai ‘Motional‘ yang dijangka bakal dikomersialkan menjelang 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat