IBM Tamatkan Perkhidmatan Ribuan Pekerja Akibat Krisis Coronavirus

526

Syarikat teknologi dunia, International Business Machines Corp. (IBM) dilaporkan telah memecat pekerjanya di seluruh Amerika Syarikat (AS). Walaupun syarikat besar tersebut tidak memberi sebarang pandangan mengenai isu ini, namun jumlah tenaga kerja yang ditamatkan perkhidmatan melibatkan angka yang besar.

Pekerja yang menerima kesan daripada perkara ini melibatkan sekurang-kurangnya lima daerah AS termasuk Pennsylvania, California, Missouri dan New York, di mana IBM berpangkalan.

Menurut sumber daripada salah seorang pekerja dari cawangan Carolina Utara, dianggarkan sekurang-kurangnya ribuan pekerja menerima arahan diberhentikan kerja serta-merta. Pemberhentian pekerja itu juga dikatakan lebih menfokuskan kepada cawangan Amerika Utara di mana separuh daripada 70 pekerja dari satu jabatan telah dipecat.

Jurucakap syarikat IBM, Ed Barbini menyatakan tindakan itu diambil setelah menimbang baik buruk dari pelbagai aspek seperti keperluan fleksibiliti untuk sentiasa menaik taraf kemahiran tenaga kerja dan kewujudan syarikat untuk tempoh masa yang lama.

Pihak IBM turut menawarkan subsidi perlindungan rawatan bagi semua pekerja AS yang terjejas sehingga Jun 2021 memandangkan perkara ini merupakan keputusan yang sukar bagi pelbagai pihak.

Jumlah sebenar pekerja yang terjejas akibat daripada pandemik ini masih tidak jelas memandangkan IBM kekal mendiamkan diri. Namun, pendapatan bagi syarikat tersebut telah mengalami penyusutan bertahun.

Berdasarkan pendapatan pada Januari, mereka telah merancang usaha bagi menampung kerugian itu melalui keuntungan yang dicatatkan pada Januari. Tindakan tersebut bertujuan mengurangkan kos menerusi ‘tindakan struktur agresif’ untuk meningkatkan daya saing unit Global Technology Services, yang mana mewakili satu pertiga pendapatan mereka.

Wabak pandemik ini telah menjejaskan banyak syarikat teknologi dan IBM bukanlah satu-satunya syarikat besar yang menerima kesannya. Syarikat yang terlibat termasuklah Airbnb Inc., Uber Technologies Inc dan semalam Hewlett Packard Enterprise Co. (HP) turut memberhentikan pekerja mereka untuk menjimatkan kos. Manakala Dell Technologies Inc. dilaporkan menggantungkan beberapa faedah pekerjanya.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat