‘Ikan Bilis’ Keluar Dari Ekuiti Buatkan Bursa Dibuka Rendah Lagi

266

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.88 mata pada 1,473.40 daripada penutupan hari Selasa pada 1,481.28.

Indeks dibuka lemah 0.40 mata pada 1,480.88.

Bursa gagal meneruskan momentum keuntungan yang diraih pada Selasa untuk dibuka rendah awal sesi pagi dagangan hari ini dengan pelabur terus kekal berhati-hati semasa sentimen pasaran yang agak bercampur.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 181 mengatasi kaunter untung pada 117, manakala 211 kaunter pula tidak berubah, 1,770 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 184.58 juta unit bernilai RM69.5 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan bahawa sentimen bursa tempatan kekal lemah menjelang keputusan kenaikan kadar faedah oleh mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) awal pagi esok, jam 2 pagi waktu tempatan.

Dalam pada itu, pelabur mungkin mencari peluang bargain-hunting dalam sektor amanah pelaburan hartanah, saham pengguna dan perbankan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kurang 1 sen pada RM8.67, Public Bank Bhd hilang 2 sen pada RM4.49, Petronas Chemicals Group Bhd kekal pada RM9.66 dan IHH Healthcare Bhd turun 4 sen pada RM6.26 sementara CIMB Group Holdings Bhd naik 2 sen pada RM5.01.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd naik 0.5 sen pada 5 sen, Unitrade Industries Bhd kurang 0.5 sen pada 29.5 sen dan LGMS Bhd tambah 2 sen pada 80 sen sementara Fintec Global Bhd kekal pada 1 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas melemah 40.84 mata pada 10,530.73, indeks FBM Emas Shariah menyusut 47.22 mata pada 10,755.99, FBM 70 memacu 8.70 mata pada 12,730.24, FBM ACE mengurang 3.92 mata pada 4,935.66 dan indeks FBMT 100 merosot 40.32 mata pada 10,247.57.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 34.11 mata pada 16,219.79, indeks Perladangan menyusut 25.19 mata pada 7,525.12 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 1.09 mata pada 189.35.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat