Ikut Jejak CelcomDigi, TM Tamatkan Perjanjian Dengan DNB

1,444

Seminggu selepas CelcomDigi Bhd mengumumkan untuk tarik diri daripada perjanjian langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB), Telekom Malaysia (TM) turut mengambil langkah sama.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia pada hari Rabu, langkah itu dibuat susulan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah tamat.

Bagaimanapun, TM mengatakan penamatan tersebut mungkin tidak memberi impak besar ke atas pendapatan, aset bersih dan nisbah hutang kasar (gearan) syarikat bagi tahun ini.

Walaupun SSA ditamatkan, namun pelanggan TM masih boleh terus menikmati perkhidmatan dan penyelesaian 5G kerana perjanjian akses borong 5G dengan DNB kekal utuh.

Terdahulu, TM bersama pengendali rangkaian mudah alih lain seperti CelcomDigi dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes) telah mengumumkan bahawa mereka secara kolektif akan mengambil alih 65% pegangan dalam DNB.

Namun, CelcomDigi menamatkan perjanjian SSA pada awal bulan ini sejurus pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil untuk membentuk dua penyedia rangkaian 5G di Malaysia.

DNB ialah syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ia ditubuhkan pada awal Mac 2021 untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat