Ikut Jejak Meta, Coinbase Buang Lagi Pekerja!

151

Mungkin khabar ini bukanlah perkara mengejutkan seperti situasi Meta, tetapi syarikat exchanger kripto Coinbase dilaporkan bertindak memberhentikan lebih 60 kakitangan dalam jabatan pengambilan dan penempatan manakala Meta lebih 11,000 pekerja.

Difahamkan, Coinbase pernah memberhentikan 18% kakitangannya pada lima bulan lepas susulan pasaran mata wang kripto yang mengalami kejatuhan drastik.

Rentetan itu, langkah berikut berkemungkinan petanda besar yang mengatakan bahawa beberapa exchanger kripto bakal memberhentikan pekerja agar dapat mengurangkan kos semasa pasaran bearish masih berlaku.

Sungguhpun begitu, Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) Coinbase, Brian Armstrong menyatakan pemberhentian tersebut adalah semata-mata untuk mengurangkan tenaga kerjanya ekoran sebelum ini beliau terlebih mengambil pekerja.

Tambahya lagi, beliau turut membekukan proses pengambilan pekerja serta membatalkan tawaran perkerjaan yang diberikan kepada calon sungguhpun mereka meluahkan kekecewaannya dalam talian.

Namun, Armstrong bertindak menyenaraikan nama calon-calon itu di pangkalan data yang dilancarkan Coinbase supaya mereka mampu mencari pekerjaan di syarikat lain.

Sementara itu Coinbase kini bergelut dalam pasaran bearish dengan suku tahunan menyusut 28% dan volum dagangan junam 27% pada Q3 tahun ini, bilamana sahamnya pada tahun ini menurun 80% serta 27.4% untuk bulan ini.

Tetapi Coinbase berkemungkinan besar mempunyai kelebihan ekoran syarikatnya tidak berkait dengan krisis FTX serta Alameda Research, malah syarikat Ark Invest Cathie Wood telah membeli saham syarikat tersebut iaitu COIN bernilai $21.4 juta pada awal minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat