Ikut Jejak Wall Street, Ekuiti Tempatan Turut Melemah

155

Sesi dagangan Bursa Malaysia pagi hari bermula pada nota negatif, mencerminkan aliran pergerakan semalaman Wall Street yang diselubungi sentimen risk-off.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.94 mata pada 1,416.14 daripada penutupan hari Selasa pada 1,426.09.

Indeks dibuka kukuh 4.65 mata pada 1,421.43.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 211 mengatasi kaunter untung pada 73, manakala 180 kaunter pula tidak berubah, 1,786 tidak didagangkan dan 8 digantung.

Jumlah perolehan pada 217.79 juta unit bernilai RM75.1 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam notanya mengesahkan bahawa sentimen pelabur bertukar negatif ekoran pertumbuhan ekonomi yang lembab dan tekanan inflasi.

Pasaran tempatan pula menyaksikan KLCI dijangka berada dalam julat 1,415-1,430 berdasarkan keadaan pasaran yang kebanyakannya bercampur.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) jatuh 2 sen pada RM8.62, Petronas Chemicals Group Bhd turun 10 sen pada RM8.18 dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.39 sementara Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd susut 3 sen pada RM4.37 dan RM5.09.

Saham aktif memperlihatkan Infoline Tec Group Bhd capai 1.5 sen pada 33.5 sen, Metronic Global Bhd turun 1.5 sen pada 6.5 sen, Reach Energy Bhd hilang 1 sen pada 3 sen dan Hibiscus Petroleum Bhd kurang 6 sen pada 79.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menurun 62.12 mata pada 10,053.96, indeks FBM Emas Shariah mengurang 74.23 mata pada 10,082.68, FBM 70 melemah 50.39 mata pada 12,054.25 dan indeks FBMT 100 menguncup 62.35 mata pada 9,814.81 sementara FBM ACE melonjak 0.51 mata pada 4,579.02.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 57.85 mata pada 16,030.37, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 1.61 mata pada 168.60 dan indeks Perladangan menguncup 30.71 mata pada 6,689.22.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat