Impak Bitcoin (BTC) Turut Heret Saham Coinbase (COIN) Ke Paras Terendah

528

Impak penyusutan harga Bitcoin (BTC) bukan sahaja turut mengheret penurunan mendadak seluruh pasaran kripto tetapi juga membawa saham Coinbase (COIN) jatuh ke paras terendah sejak penyenaraiannya di Nasdaq pada 14 April lalu.

Sejak kemunculan COIN dalam pasaran saham, harganya menyaksikan penurunan di bawah paras harga penyenaraian langsung, $381 dan harga rujukan, $250 kepada nilai $245.

Pada masa yang sama, penilaian COIN juga susut daripada paras tertinggi $100 bilion kepada penilaian semasa, $49 bilion.

Penganalisis termasuk CEO New Constructs, David Trainer berpendapat harga COIN dalam kritikal kerana tidak mustahil akan susut di bawah $100.

Rekod tersebut secara kebetulan sejajar dengan penyusutan mendadak harga BTC, sekitar 35% hingga memberi tekanan kepada saham berkaitan blockchain seperti Riot Blockchain (RIOT) dan Marathon Digital Holdings (MARA).

Sebenarnya harga RIOT dan MARA dilihat turut terkesan dengan pergerakan harga sejak bull market pada 2017-2018. Maka tidak mustahil untuk tahun ini, kedua-dua saham ini akan mengikut perkembangan harga Bitcoin, sama seperti tahun sebelumnya.

Ketika ini, harga COIN ditutup pada $248, susut hampir 4% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat