Impak Kenaikan Inflasi Semakin Terzahir, Ini Reaksi Fed Bostic!

493

Laporan peningkatan kadar inflasi pada tempoh hari telah menimbulkan kekhuatiran terhadap pasaran dan implikasi terhadap polisi. Dalam salah satu pertemuan, Presiden Rizab Persekutuan Atlanta, Raphael Bostic telah tampil dalam memberikan pendapat.

Menurut beliau dasar bank pusat yang longgar ini adalah sesuai walupun inflasi meningkat dalam ekonomi. Tambah beliau Amerika Syarikat masih perlu mencipta 8 juta pekerjaan untuk mencapai tahap yang dikecapi sebelum pandemik. Justeru beliau berpendapat dasar yang longgar pada ketika ini adalah sesuai dengan situasi.

Pada kenyataan The Fed yang lalu, The Fed mengekalkan kadar pinjaman penanda aras jangka pendek hampir kepada sifar dan membeli bon sekurang-kurangnya $ 120 bilion setiap bulan.

Indeks harga pengguna (IHP) pada bulan April telah meningkat 4.2% jauh mengatasi jangkaan pasaran. Walaupun begitu data pekerjaan NFP hanya meningkat 266,000 berbanding unjuran sebanyak 1 juta.

Atas dasar itu, beliau secara peribadi berpendapat bahawa sekarang bukanlah masa untuk membuat perubahan dalam polisi.

The Fed komited untuk menjaga kebijakan sehingga mencapai matlamat pekerjaan yang lengkap dan inklusif, dan akan membiarkan inflasi berjalan di atas sasaran 2% sehingga rata-rata berada di sekitar tahap itu untuk jangka masa yang panjang.

Bostic malah menganggap kenaikan inflasi sebagai tanda positif. Kini ia tergantung sejauh mana ekonomi berkembang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat