Indeks US Dolar Jatuh Dengan Terdapat Risiko Pasaran Ketika Ini

89

Matawang U.S dolar menyusut berbanding matawang utama pada hari Khamis berikutan tumpuan pelabur terhadap laporan ekonomi yang akan dikeluarkan pada malam ini dan spekulasi calon pengganti pengerusi Fed.

Dolar mengukuh pada awal minggu ini selepas laporan Presiden Donald Trump yang kelihatan lebih memihak kepada pakar ekonomi John Taylor sebagai penganti Janet Yellen. Taylor kelihatan lebih hawkish daripada Yellen.

Namun dolar mula menyusut pada hari Rabu berikutan laporan data perumahan yang jatuh pada bulan September. Permit perumahan juga mencatat kemerosotan.

Para pemain pasaran memberi tumpuan pada laporan jumlah tuntunan pengangguran dan aktiviti pembuatan yang akan dikeluarkan pada hari ini sebagai indikasi untuk mengukur kekuatan ekonomi.

EUR/USD meningkat sebanyak 0.16% iaitu pada 1.1806, manakala GBP/USD menyusut sebanyak 0.35% kepada 1.3159 selepas jumlah jualan runcit UK jatuh melebihi jangkaan pada bulan September setakat jam 6.35 p.m.

Kerajaan Sepanyol merencanakan untuk mencabut autonomi Catalonia dan mengenakan tindakan undang-undang selepas presiden Catalonia masih berkeras untuk tidak menarik pengisytiharan kemerdekaan.

USD/JPY juga mencatat penyusutan sebanyak 0.37% pada bacaan 112.52. Matawang AUD menguat sebanyak 0.25% iaitu pada 0.7866 berbanding US dolar, manakala NZD/USD menyusut sebanyak 1.64% iaitu pada 0.7032, bacaan terendah sejak 10 Oktober setakat jam 6.35 p.m.

Laporang Jabatan Perangkaan Australia melaporkan peningkatan pekerjaan sebanyak 19,800 pada bulan September mengatasi jangkaan yang menjangkakan pertambahan 15,000 pekerja. Selain itu, kadar pengangguran juga positif apabila kadar tersebut berkurangan daripada 5.6% kepada 5.5%.

Indeks U.S dolar jatuh sebanyak 0.21% iaitu kepada bacaan 93.10 setakat jam 6.35 p.m

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat