Inflasi UK Catat Pertumubuhan Perlahan Pada Disember – Tambah Tekanan Pada BoE!

175

Jabatan Statistik Negara (ONS) UK telah mengeluarkan laporan sebentar tadi bahawa pertumbuhan inflasi UK jatuh keparas terendah 3 tahun lalu tanpa diduga pada bulan Disember dan hal ini telah meningkatkan jangkaan pasaran bahawa Bank Pusat England (BoE) akan mengurangkan kadar faedah secepat mungkin.

Harga pengguna hanya berjaya mencatat peningkatan sebanyak 1.3% secara kiraan tahunan berbanding bulan November yang mencatat bacaan pertumbuhan sebanyak 1.5%. Peningkatan pertumbuhan inflasi pada bulan Disember merupakan pertumbuhan terkecil sejak November 2016 sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik pada hari Rabu.

Matawang pound susut dibawah paras $1.30 berbanding US dolar dan harga bon kerajaan meningkat. Bacaan yang dicapai pada bulan Disember ini juga tersasar daripada jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan peningkatan sebanyak 1.5%.

Sejak akhir-akhir ini para pegawai BoE telah menyatakan pandangan terhadap kekuatan ekonomi UK dan dalam masa yang sama mengetengahkan pandangan di pasaran kewangan bahawa mereka berkemungkinan akan mengundi untuk mengurangkan kadar faedah secepat mungkin dan berkemungkinan pada bulan ini.

Pada awal hari Rabu, Michael Saunders telah mengatakan bahawa kadar faedah harus dikurang berikutan terdapat kelemahan dalam pasaran buruh dan kelembapan ekonomi. Hal ini bagi mengelakkan UK daripada terjebak dalam perangkap inflasi rendah seperti yang dialami di zon Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat