Inflasi UK Mungkin Cecah Dua Angka Tahun Ini?

649

Bank Pusat England (BOE) telah memberi isyarat bahawa isi rumah berkemungkinan berdepan dengan peningkatan inflasi sehingga dua angka sebelum akhir tahun untuk pertama kali sejak awal 1980.

Berdasarkan minit mesyuarat polisi terbaharu BOE, penggubal dasar memberi amaran bahawa inflasi boleh melonjak lebih jauh di atas ramalan bank pusat untuk mencapai puncak 7.25% jika harga tenaga kekal tinggi.

Kali terakhir indeks harga pengguna (CPI) yang mengukur inflasi di UK, adalah pada tahun 1981 di mana kadar faedah juga tinggi di paras 12% dan ekonomi baru muncul daripada kemelesetan.

Syarikat-syarikat di UK juga sudah menjangkakan bahawa pertumbuhan upah akan meningkat sebanyak 4% hingga 6% pada tahun ini, sekali gus menguatkan pandangan bahawa inflasi boleh meningkat sehingga mencecah dua angka.

Ekoran daripada itu, rakyat UK mungkin akan berdepan dengan krisis kos sara hidup terburuk dalam tempoh 30 tahun.

Bagaimanapun, bank pusat dilihat lebih tenang dalam mengawal inflasi buat masa ini selepas memberi indikasi mengenai kemungkinan akan ‘berehat’ daripada menaikkan kadar pada tahun depan.

Hal ini kerana, perang Ukraine-Rusia telah menimbulkan ketidakpastian terhadap ekonomi UK dan global, yang menyebabkan bank pusat England dan seluruh dunia akan lebih berhati-hati dalam menetapkan dasar mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat