Ini 7 Fakta Keadaan Ekonomi Amerika Syarikat Menjelang Pilihan Raya!

1,146

Hanya baki beberapa jam, pilihan raya Amerika Syarikat (A.S) akan berlangsung ditengah krisis kesihatan global yang melanda pada awal tahun ini.

Sebanyak trillion dolar wang rangsangan yang diumumkan dan penurunan kadar faedah kepada paras yang sangat rendah bagi mengurangkan impak penularan pandemik Covid-19. Beberapa sektor telah menunjukkan pemulihan seperti sektor runcit dan pekerjaan. Jumlah kes jangkitan Covid-19 kembali semakin meningkat dan menjadi risiko buat negara yang masih menunggu pengumuman vaksin.

Ini ada bebarapa fakta mengenai keadaan ekonomi Amerika sebelum hari Pilihan Raya.

1. Perbelanjaan isi rumah telah mencatat lonjakan yang tinggi diikuti oleh lonjakan dalam perbelanjaan perniagaan yang telah mendorong perkembangan ekonomi terbesar dunia itu berkembang pada tahap terpantas sejak tahun 1940an pada suku ketiga. Walaupun kadar pertumbuhan adalah tinggi, unjuran GDP tahun masih menurun dari pada paras puncak.

2. Kuasa pengguna catat pertumbuhan positif dimana nilai jualan runcit adalah berada di atas tahap pra-pandemik. Rakyat telah menukarkan perbelanjaan yang digunakan untuk pelancongan kepada perbelanjaan penambahbaikan rumah.

3. Kadar gadai janji yang rendah telah mendorong rakyat A.S untuk membeli rumah terutama bagi mereka yang bekerja dari rumah.

4. Pengeluaran kilang juga melonjak naik selepas langkah perintah berkurung ditarik balik. Terdapat tanda-tanda bahawa sektor perkilangan akan terus berkembang.

5. Pelaburan perniagaan menujukkan pemulihan yang sedikit dalam beberapa sektor seperti sektor komunikasi, mesin dan komputer. Walaubagaimanapun prospek pada masa hadapan adalah tidak pasti kerana perbelanjaan kerajaan banyak menumpu menangani Covid-19.

6. Pasaran Buruh telah mencatat kemerosotan paling parah daam ekonomi. Namun, telah ada tanda-tanda bahawa pasaran buruh semakin pulih walaupun masih tahap yang perlahan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat