Ini Butiran Ucapan Awal Steven Mnuchin Di Hadapan Para Senat!

374

Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin memberi keterangan pada Selasa di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat mengenai usaha pentadbiran Trump dalam menghentikan kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.

Dalam ucapan perasmian, beliau mengakui bahawa apa yang dialalui sekarang adalah satu cabaran yang belum pernah terjadi. Lebih dari 36 juta rakyat Amerika telah membuat tuntutan pengangguran sejak penularan wabak Covid-19 bermula.

Disis lain, dalam ucapan pembukaan yang dikeluarkan sehari sebelum testimoni, Mnuchin cuba mempertahankan rekod pentadbiran mengenai isu pengeluaran wang dari CARES Act bernilai sebanyak $ 2 trilion yang diluluskan oleh Kongres bagi menjana sektor peniagaan,industri dan isi rumah.

Beliau juga menyatakan bahawa Jabatan Perbendaharan telah mengeluarkan lebih dari 140 juta program impak pembayaran ekonomi untuk lebih $240 billion sebagai bantuan untuk rakyat Amerika dan $150 billion kepada negeri-negeri dalam A.S.

Pentadbiran kewangan juga telah meluluskan hampir $ 25 bilion sokongan gaji kepada industri penerbangan untuk melindungi sektor tersebut dari terus mencatat kerugian.

Senator Sherrod Brown telah memberi maklum balas dengan menyatakan dalam ucapan pembukaan yang dikeluarkan bahawa the Fed dan pentadbiran kewangan


tidak menjadikan para pekerja sebagai satu keutamaan. Beliau menegaskan, apa yang menjadi perhatian Senat ialah tentang bagaimana The Fed dan Badan Kewangan menggunakan wang yang ada untuk membantu orang ramai.


 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat