Ini Cadangan Stimulus Ekonomi China Untuk 2023

123

‘Kalau China tak buat sesuatu alamatnya habis ekonomi dunia.’

Dalam satu sesi tertutup Persidangan Kerja Ekonomi Pusat China, Presiden Xi Jinping dan ketua-ketua pegawai atasan bakal membincangkan agenda ekonomi negara itu bagi tahun fiskal 2023.

Antara agenda yang bakal dibentangkan adalah penetapan langkah rangsangan pertumbuhan ekonomi, perbelanjaan fiskal yang bakal diperluas untuk infrastruktur serta program lain dan potensi pelonggaran monetari.

Turut menjadi tajuk perbincangan adalah isu pelonggaran sekatan Covid-19 China yang menyaksikan lonjakan kes baru-baru ini di Beijing, memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan yang dilihat rapuh.

Persidangan tahunan tersebut, yang sering diadakan menjelang akhir tahun, tidak mempunyai jadual yang diumumkan secara terbuka walaupun ia membincangkan sebarang kewujudan dasar untuk tahun baharu.

Buat masa ini pakar ekonomi dan pelabur terus berteka-teki dengan dasar yang samar-samar dan maklumat media kurang jelas berkenaan situasi Covid serta langkah rangsangan kerajaan dalam memelihara pertumbuhan ekonominya.

Setakat yang diketahui adalah pertumbuhan kuasa ekonomi ke-2 dunia itu berkembang 3% sahaja untuk 3 suku pertama tahun ini, di bawah unjuran 5.5% pasaran, dan suku terakhir juga dijangka tidak berubah.

Ia dihadkan dengan sekatan Covid yang membawa banyak pelaksanaan lockdown sehingga menyekat pengeluaran dan mengurangkan perbelanjaan pengguna, selain memberi kesan kepada sektor utama China iaitu hartanah.

Dalam pada itu, dilema dalaman China menyaksikan penasihat kerajaan meletakkan sasaran pertumbuhan 2023 pada 4.5%-5.5% sementara penasihat bank pusatnya menetapkan di bawah 5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat