Ini Catatan Penting Dari Minit Mesyuarat FOMC

592

Pasaran telah diperlihatkan dengan terbitan laporan minit mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) edisi Disember pada awal pagi tadi.

Berikut merupakan rincian utama yang diambil daripada minit tersebut:

  • Bank pusat memutuskan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat Disember.
  • Namun, tumpuan bank pusat masih pada usaha mengawal kenaikan harga.
  • Bimbang tentang sebarang ‘tanggapan salah’ pasaran kewangan bahawa komitmen mereka untuk memerangi inflasi semakin lemah.
  • Penggubal dasar menjangkakan kadar faedah yang tinggi akan kekal sehingga lebih banyak kemajuan dicapai.
  • Penggubal dasar menekankan keperluan fleksibiliti dalam peralihan dasar yang bermakna mereka boleh melaksanakan kenaikan lebih kecil atau besar dalam kadar.
  • Risiko inflasi yang lebih tinggi dilihat sebagai ‘faktor utama’ yang membentuk prospek dasar.
  • Kadar faedah yang pada masa ini dalam julat 4.25%-4.50%, diunjur akan meningkat kepada lebih 5% menjelang akhir 2023 dan mungkin kekal untuk beberapa waktu.

Secara keseluruhan, tiada petunjuk jelas untuk keputusan Fed yang seterusnya, tetapi bank pusat itu masih meneguhkan pendirian kepada usaha memerangi inflasi.

Pasaran kini meletakkan jangkaan bahawa untuk kenaikan sebanyak 25 atau 50 mata asas pada mesyuarat yang dijadualkan pada awal Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat