Ini Jadi Pada Harga Minyak Selepas Kejatuhan Mendadak

728

Harga minyak kembali meningkat selepas mencatat kejatuhan harian terbesarnya selepas Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memberitahu bahawa ia akan kekal dengan komitmen pengeluaran yang dijanjikan bersama OPEC+.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan UAE bersedia untuk menggalakkan pengeluar OPEC yang lain meningkatkan tahap pengeluaran minyak berikutan krisis Ukraine-Rusia telah mendorong harga minyak ke paras tertinggi.

Laporan ini adalah antara salah satu punca yang mendorong kejatuhan harga minyak mentah pada Rabu, selain kenyataan Iraq yang menyatakan kesediaannya untuk meningkatkan pengeluaran jika OPEC+ memerlukannya.

Walau bagaimanapun, kenyataan terbaharu daripada Menteri Tenaga UAE pula menyatakan sebaliknya, yang memberi indikasi bahawa negara itu akan terus komited dengan pengeluaran ditetapkan OPEC+.

Ini secara tidak langsung memberi sokongan kepada dagangan komoditi hitam itu untuk kembali meningkat pada hari ini.

Ketika sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat hampir 3% pada $115.30 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok lebih 1% ke sekitar harga $111.50 setong.

Amerika Syarikat telah menggesa pengeluar utama minyak dunia untuk meningkatkan tahap pengeluaran mereka selepas ia menyekat import minyak dari Rusia sebagai balasan kerana menyerang Ukraine.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat