Ini Jangkaan Penganalisis Mengenai Data Inflasi AS yang Akan dikeluarkan Jumaat Ini!

42

Menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh Fed New York semalam, inflasi dijangka akan meningkat dengan mendadak pada bulan Disember dalam jangka masa pendek. Hal ini berikutan prospek yang lebih optimis terhadap pasaran buruh dan laporan isi rumah.

Menurut satu tinjauan yang dijalankan ke atas pengguna, inflasi di Amerika Syarikat dijangka meningkat dalam tempoh setahun hingga tiga tahun.

Angka inflasi boleh meningkat sebanyak 2.8 peratus pada bulan Disember daripada 2.5 peratus pada bulan November.

Sejak Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS pada bulan November, prospek kenaikan inflasi telah meningkat dengan mendadak.

Responden kajian juga dilihat semakin yakin terhadap pasaran kerja dan tahap kewangan mereka.

Dalam satu kajian yang baru dijalankan, 55.6 peratus daripada responden yakin akan menemui pekerjaan baru sekiranya mereka diberhentikan kerja. Angka ini meningkat dari 53 peratus yang dicatat pada bulan November. Data pertumbuhan gaji juga menunjukkan peningkatan kepada 2.8 peratus, berbanding 2.4 peratus.

Event-event Berimpak Besar Sepanjang Minggu 9-13 Januari 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat