Ini Paras Harga Paling Tinggi GBP/JPY Capai Sejak 2016!

263

Menarik untuk diperkatakan tentang pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY untuk minggu ini.

Tahukah anda kenaikan harga yang dicatatkan telah mencapai paras paling tinggi yang tidak pernah dicapai sejak tahun 2016 yang lalu?

Jika diperhatikan, pada Jumaat lepas harga telah mencapai ketinggian di paras 174.600, namun dilihat berundur semula pada minggu ini ke zon RBS (resistance become support) sekitar 172.700.

Pada Rabu lalu harga telah berjaya memaparkan lonjakan kembali dari zon RBS tersebut dan berlegar pada zon ketinggian minggu lalu sepanjang Khamis semalam.

Walaupun tidak banyak faktor yang menyokong pengukuhan Pound ketika ini, namun mata wang Britain itu dilihat kekal baik berbanding Yen yang lebih suram.

Pergerakan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY tersebut menjangkakan trend bullish akan berterusan.

Jangkaan adalah tepat apabila pelabur menyaksikan kenaikan lagi pada hari ini (Jumaat) yang mengatasi ketinggian minggu lalu sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru 8 tahun.

Setakat awal sesi Eropah, harga berjaya mendaki ke sekitar 175.00, dan jika momentum berjaya dikekalkan, harga boleh terus mencatatkan paras tertinggi yang baru.

Penganalisis mensasarkan paras ketinggian sehingga 179.00 yang mampu dicapai oleh harga jika trend bullish berjaya dipertahankan.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, zon ketinggian minggu lalu iaitu sekitar 174.600 akan kembali dituju dan berkemungkinan akan berfungsi sebagai support yang baru.

Namun jika harga jatuh lebih rendah dan turun menembusi sokongan MA50, ini akan menjadi petanda awal untuk kejatuhan harga yang bakal bermula.

Zon RBS 172.700 akan kembali menjadi tumpuan pada penurunan harga yang dilanjutkan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat