Ini Paras Tertinggi GBP/USD Capai Sejak April 2018!

561

Sentimen Brexit kembali positif berikan harapan kepada para pelabur sekaligus menjadi faktor menyokong pengukuhan Pound Sterling pada dagangan penghujung tahun 2020.

Selepas persetujuan rundingan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini telah dicapai, pelabur menantikan kelulusan dari parlimen.

Terbaru dilaporkan parlimen UK telah meluluskan perjanjian Brexit dan terus membuka laluan yang lebih baik bagi hubungan perdagangan di masa hadapan.

Perdana Menteri UK Boris Johnson juga memaklumkan Britain kini sedang dalam usaha menggiatkan agihan vaksin dengan kadar segera untuk mengelakkan berdepan situasi ‘lockdown’ ketiga.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam juga melihatkan harga meneruskan kenaikan menguji sekali lagi zon resistance 1.36000.

Pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga dilihat membuatkan kenaikan lebih tinggi di atas paras zon tersebut dan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak April 2018 hampir di paras 1.36500.

Namun, harga sedikit susut dan berlegar di atas paras 1.36000 yang membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.

Kenaikan harga juga turut disokong penyusutan US dolar dengan sentimen optimis terhadap pakej rangsangan ekonomi AS.

Jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan, harga akan terus merekodkan paras ketinggian terbaru dengan tumpuan pada paras 1.37000.

Sebaliknya jika harga kembali turun bergerak di bawah paras 1.36000, penurunan dilihat akan menguji zon RBS 1.35000 sebelum penurunan lebih rendah ke zon RBS 1.34000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat