Ini Pendirian EU Terhadap Washington Dalam Isu Perdagangan EU-AS!

396

Kesatuan Eropah kembali menegaskan pendirian mereka dalam isu perdagangan dengan Amerika Syarikat. EU menyatakan mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap Amerika Syarikat jika A.S belum bersedia untuk menyelesaikan isu subsidi pesawat dan serangkaian penyiasatan perdagangan terhadap EU oleh A.S

Pertikaian perdagangan antara kedua-dua belah pihak mengenai isu ini telah berlangsung sejak tahun 2004 dan akhirnya dibawa kepada Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Keputusan yang ditetapkan oleh WTO ialah pemberian hak kepada Washington untuk mengenakan duti ke atas barang-barang Eropah yang bernilai $7.5 bilion yang berikaitan subsidi terhadap pesawat yang dijangka akan diputuskan pada September.

Pesuruhjaya Perdagangan Eropah Phil Hogan memberitahu jawatankuasa perdagangan Parlimen Eropah bahawa Washington telah dua kali menolak cadangan EU untuk menyelesaikan isu tersebut dan beliau berharap WTO akan memberikan kesimpulan padangan mereka pada bulan September.

Pegawai EU menyatakan kesangsian bahawa AS mahu menyelesaikan pertikaian sebelum September. Dalam masa yang sama, turut dinyatakan bahawa EU tidak akan bertoleransi jika hasil yang diharapkan tidak dicapai.

Sejak Presiden Donald Trump memegang jawaptan, Trump telah berulang kali mengkritik Kesatuan Eropah mengenai lebihan perdagangan barang dan mengenakan tarif ke atas barang import logam dari EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat