Ini Pergerakan Bursa & Ringgit Pada Awal Minggu Menjelang 4 Mesyuarat Bank Utama

169

Kebimbangan pelabur tentang 4 mesyuarat kadar faedah oleh bank-bank pusat utama dilihat melimpah ke pasaran tempatan untuk Bursa dibuka rendah pada awal minggu.

Ulas Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen tempatan mulai goyah selepas cuti panjang sempena Hari Malaysia dengan kebimbangan mengenai mesyuarat FOMC bakal berlangsung pada Khamis ini menambah derita.

Rentetan itu bursa tempatan dijangka berdagang secara sideway dengan sektor teknologi berada di bawah tekanan seiring prestasi Wall Street.

Hasilnya, Bursa dibuka rendah hari ini dengan FTSE KLCI (FBM KLCI) turun 14.50 mata pada 1,452.81 daripada penutupan Khamis pada 1,467.31 dengan pembukaan lemah 7.80 mata pada 1,459.51.

Di pasaran meluas, kerugian pada 347 atasi keuntungan pada 102, manakala 256 kaunter pula tidak berubah, 1,668 tidak didagangkan dan 17 digantung.

Jumlah perolehan pada 250.12 juta unit bernilai RM178.96 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB Group Holdings Bhd tambah 3 sen pada RM8.61 dan RM5.40, Petronas Chemicals Group Bhd naik 5 sen pada RM8.67, Public Bank Bhd kurang 1 sen pada RM4.46 dan IHH Healthcare Bhd jatuh 25 sen pada RM6.07.

Saham aktif memperlihatkan Top Glove Corp Bhd susut 3 sen pada 73.5 sen, RGB International Bhd kurang 0.5 sen pada 11.5 sen dan Supermax Corp Bhd jatuh 2 sen pada 71 sen sementara SNS Network Technology Bhd naik 0.5 sen pada 30.5 sen dan Metronic Global Bhd kekal pada 2 sen.

Di papan indeks, FBM Emas susut 99.56 mata pada 10,375.02, FBMT 100 jatuh 97.56 mata pada 10,117.09, FBM Emas Shariah kurang 107 mata pada 10,471.82, FBM 70 turun 108.04 mata pada 12,619.54 dan FBM ACE rendah 59.33 mata pada 4,774.42.

Segi sektor, indeks Tenaga kurang 5.5 mata pada 732.12, indeks Perladangan susut 3.47 mata pada 6,854.65, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 133.81 mata pada 16,357.67 dan indeks Produk dan Perkhidmatan turun 0.94 mata pada 180.53.

Sementara itu, Ringgit susut berbanding dolar pada 4.5350/5405 daripada 4.5340/5365 semasa penutupan Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat