Ini Perkara Pelabur Perlu Tahu Untuk Menilai Sentimen Pasaran Minggu Ini

280

Sentimen pasaran pada awal minggu dinilai berisiko dengan beberapa faktor yang menjadi tumpuan pelabur sementara pergerakan pasaran juga masih mendatar untuk sesi-sesi terawal.

Antara yang menjadi tumpuan adalah perkembangan krisis tenaga yang berlarutan di Eropah apabila syarikat minyak Rusia, Gazprom pada minggu lalu telah menutup saluran paip Nord Stream 1 ke Eropah selama 3 hari atas alasan kerja penyelenggaraan.

Namun, seperti yang dibimbangi, penutupan bekalan tenaga itu bersambung lagi apabila Gazprom pada Jumaat lalu mengumumkan lanjutan penutupan saluran tersebut selepas dikatakan mengesan kebocoran minyak dan tidak menyatakan tempoh kerja pembaikan akan selesai.

Turut dipantau pelabur adalah perkembangan isu tarif barangan import melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Presiden Joe Biden sebelum ini menyatakan tarif yang dikenakan ke atas barangan import China ketika pemerintahan Donald Trump lalu, akan dihapuskan atau dikurangkan, namun pada laporan terbaru, tarif tersebut berkemungkinan bakal diteruskan.

Justeru, pelabur melihat tindakan ini akan meningkatkan ketegangan di antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu selepas lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan sebelum ini juga telah menghangatkan amarah China terhadap AS.

Sementara, China masih lagi dilihat bergelut dengan penularan Covid-19 selepas dilaporkan pada penghujung minggu lalu bandar Chengdu telah dilaksanakan sekatan pergerakan susulan peningkatan kes jangkitan terbaru.

Perkembangan di UK, Perdana Menteri UK terbaru bakal diumumkan pada hari ini dengan ramalan calon Liz Truss bakal mengatasi pencabar Rishi Sunak untuk menggantikan tampuk pemerintahan yang ditinggalkan oleh Boris Johnson sebelum ini.

Menyusuri dagangan minggu ini, pelabur bakal berwaspada berdepan 3 mesyuarat polisi bank pusat sepanjang minggu ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah yang agresif masih akan diteruskan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat