Ini Sebab Kenaikan Harga Minyak Tersekat

457

Harga minyak kembali mencatatkan penyusutan pada sesi Asia hari ini, walaupun selepas diperlihatkan dengan data bekalan minyak mintah AS yang memberangsangkan pada minggu lalu.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan inventori minyak mentah AS jatuh dengan ketara sebanyak 6.64 juta tong pada minggu lepas, jauh lebih baik daripada jangkaan untuk peningkatan 985,000 tong.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan suram dengan penyusutan 0.6% pada $61.09 setong. Brent telah meningkat untuk sembilan sesi sebelumnya, tempoh kenaikan terpanjang sejak Januari 2019.

Sementara penanda aras niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula susut 0.5% pada $58.34 setong.

Penyusutan ini mungkin disebabkan pengambilan untung oleh para pelabur setelah mendorong harga minyak mentah meningkat ke tahap tertinggi terbaru sejak Januari 2020.

Walau bagaimanapun, komoditi hitam itu kekal didagangkan di sekitar paras ketinggian 13 bulan.

Harga minyak telah menunjukkan trend kenaikan sejak November lalu, setelah berita positif mengenai vaksin Covid-19 meningkatkan harapan pelabur untuk membawa pemulihan dalam permintaan, selain turut disokong oleh usaha OPEC yang komited dengan pemotongan pengeluaran minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat