Ini Sebab Mengapa Perlantikan Rishi Sunak Sebagai Menteri Kewangan UK Dorong Pengukuhan Pound!

0 802

Dagangan sesi Asia memperlihatkan matawang pound yang masih meneruskan momentum pengukuhannya susulan keputusan mengejutkan Sajid Javid untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan UK.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Boris Johnson yang telah mencetuskan perkhabaran yang mengejutkan dengan penyingkiran Julian Sith sebagai Setiausaha Ireland Utara dan Geoffrey Cox sebagai Peguam Negara.

Walau bagaimanapun, perletakan jawatan Sajid Javid nyata lebih mengejutkan ramai pihak. Jawatan Javid seterusnya akan diambil alih oleh Rishi Sunak iaitu merupakan individu yang berpengalaman dalam pasaran kewangan dan menyokong langkah rangsangan fiskal.

Pasaran telah bertindak balas dengan menghantar hasil bon kerajaan UK ke paras lebih tinggi, yang seterusnya mendorong kenaikan matawang pound. Dengan perlantikan ini, pasaran melihat lebih banyak potensi untuk rangsangan fiskal pada pembentangan bajet Mac depan.

Sementara itu, dolar euro terus didagangkan lemah berbanding US dolar di paras terendah sejak Mei 2017 menjelang penerbitan data pertumbuhan ekonomi GDP Jerman dan Zon Eropah bagi suku keempat 2019 pada petang ini.

Pergerakan naik turun dagangan US dolar berbanding safe-haven yen menggambarkan ketidaktentuan dalam sentimen pasaran yang masih dijejaskan oleh kebimbangan terhadap wabak coronavirus, terutamanya selepas diperlihatkan dengan peningkatan mendadak dalam jumlah kes jangkitan pada Khamis.

Dalam perkembangan terbaru, wilayah Hubei hari ini melaporkan sebanyak 4,823 kes baru dan 116 kematian telah direkodkan pada akhir 13 Februari. Ini menjadikan jumlah kes bertambah kepada 51,986 kes manakala angka kematian pula meningkat kepada 1,367 orang.

Penerbitan data inflasi Amerika Syarikat malam tadi menyaksikan kadar inflasi tahunan A.S meningkat kepada 2.5% pada Januari daripada 2.3% yang direkodkan bulan sebelumnya. Ini merupakan bacaan tertinggi yang dicatatkan sejak Oktober 2018 dan dijangka akan menyokong pengukuhan USD.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan mengukuh pada 99.12.

Anda mungkin juga berminat