Ini Sebab Pelabur Tidak Beri Banyak Reaksi Walaupun Perniagaan Zon Eropah Tinggi!

377

Aktiviti perniagaan zon Eropah dilaporkan melonjak tinggi pada bulan ini namun berkurangan dari bacaan bulan Julai. Bacaan yang positif ini didorong oleh program vaksinasi yang meluas sehingga membolehkan lebih banyak syarikat dibuka semula dan pelanggan menceburkan diri.

Tanpa gangguan rantaian bekalan yang berterusan, aktiviti dapat berkembang lebih cepat walaupun terdapat kebimbangan varian Delta yang dapat mengekang ekonomi kembali.

Indeks Pembelian Pengurus IHS yang merupakan indikasi untuk menilai kesihatan ekonomi dilaporkan jatuh kepada 59.5 pada bulan Ogos daripada bacaan 60.2 yang dikecapi pada bulan lalu.

Menurut penganalisis, Bert Colijn di ING.”pembukaan semula ekonomi telah memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi. Disisi yang sama, kekhhuatiran terhadap kesan varian delta dan kekurangan input tetap ada namun belum menggagalkan pemulihan ekonomi.”

Kedua-dua indeks perkhidmatan dan pembuatan tetap kukuh di wilayah pertumbuhan di Jerman, yang mengesahkan ekonomi terbesar Eropah masih berada di jalan landasan yang tepat.

Pemain pasaran tidak beri banyak reaksi dan sebaliknya memberi tumpuan pada kebimbangan varian Delta Covid-19 yang berpotensi menghalang pertumbuhan ekonomi kerana para pelabur lebih mempertimbangkan jangka masa yang mungkin akan membawa kepada pengurangan rangsangan monetari.

Indeks Pembelian Pengurus (PMI) yang merangkumi industri perkhidmatan meningkat kepada 59.7% pada bulan Ogos. Permintaan hanya menunjukkan pertumbuhan yang sedikit perlahan dari bulan Julai.

Matawang Euro terus meneruskan pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.35% kepada paras dagangan 1.1736.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat