Ini Situasi Semasa Pasaran Menjelang NFP

3,271

Pergerakan berhati-hati matawang dipamerkan pada sesi Eropah, dengan dagangan dolar greenback terus mendahului kebanyakan pesaing utamanya menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP AS.

Pengukuhan ini disokong oleh jangkaan positif pelabur terhadap bacaan yang lebih kuat dalam NFP AS, yang turut mendorong pasaran saham dan hasil perbendaharaan AS untuk meningkat.

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan meningkat di sekitar harga 92.35 berbanding sekumpulan matawang utama.

Sementara itu, matawang euro yang gagal dalam beberapa percubaan untuk menembusi rintangan harga 1.1900 berbanding USD, terus menyusut lebih rendah susulan kekuatan yang dipamerkan greenback.

Matawang pound pula bertahan di atas 1.3900 selepas Bank Pusat England (BOE) memberi isyarat untuk pengetatan pada tahun-tahun akan datang, dan mengekalkan kadar faedah dan program pembelian bon di tahap semasa.

Selain daripada data NFP, pelabur juga bakal diperlihatkan dengan pengeluaran laporan pekerjaan Kanada yang juga dijangka akan menunjukkan peningkatan ketika pembukaan semula ekonomi terus diperluaskan. Kadar pengangguran pula dijangka menurun kepada 7.4% dari 7.8%.

Dolar Kanada didagangkan sedikit berubah berbanding US dolar, ketika dagangan minyak mentah mula menunjukkan pemulihan harga selepas mencatatkan penurunan sepanjang minggu ini.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand pula cuba bertahan pada keuntungan yang diraih daripada prospek lebih baik terhadap bank pusat untuk melakukan pengetatan dalam dasar monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat