Ini Terjadi Pada AUD/USD Selepas Keputusan Mesyuarat RBA

117

Menepati ramalan keputusan mesyuarat bank pusat pada sesi Asia pagi ini apabila Reserve Bank of Australia (RBA) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 2.85%.

Ini merupakan kenaikan 25 mata asas kali kedua berturut-turut oleh RBA yang menunjukkan pengetatan dasar yang kurang agresif berbanding sebelum ini, namun Gabenor Philip Lowe memberi isyarat kenaikan kadar akan diteruskan.

Pada mesyuarat terdahulu lagi, Lowe telah menyatakan kebimbangan terhadap kesan kos pinjaman yang tinggi di Australia dan akan membebankan isu rumah dan mendorong keputusan untuk kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan.

Namun, dolar Australia pada sesi Asia pagi ini dilihat bergerak positif sehingga ke penghujung sesi susulan reaksi awal terhadap keputusan mesyuarat RBA.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga menunjukkan corak penurunan pada pembukaan awal minggu Isnin semalam menyentuh paras sokongan pada 0.63700 sebelum melantun semula menutup dagangan sekitar 0.64000 di penghujung sesi New York.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga menunjukkan peningkatan dengan reaksi keputusan mesyuarat RBA menyaksikan harga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD memberi isyarat awal pergerakan bullish buat harga.

Kenaikan jika diteruskan dilihat akan menuju ke zon rintangan pada ketinggian 0.65400 dan mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.

Melepasi rintangan tersebut, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu dengan sasaran utnuk menuju ke sekitar zon 0.67000.

Namun, sekiranya harga mula menunjukkan penurunan semula ke bawah paras MA50, isyarat awal untuk menyambung pergerakan bearish akan menjangkakan paras sokongan pada 0.67000 kembali diuji sekali lagi.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan dilihat akan menuju ke paras sokongan lebih rendah berada pada zon 0.62000 yang telah berjaya mengekang kejatuhan lebih rendah harga sepanjang Oktober lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat