Ini Tindak Balas China Ke Atas Tindakan AS Kemungkinan Sekatan Syarikat Pembuat Cip China!

260

Amerika Syarikat (AS) telah mengancam untuk menyenaraihitam syarikat pembuat cip terkemuka China, Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) selepas didakwa mempunyai kaitan dengan pihak tentera Beijing.

Walaubagaimanapun, menurut pentadbiran presiden Trump perkara tersebut masih belum dipastikan dan berada dalam pertimbangan. China disisi lain telah memberi respon balas terhadap langkah yang ingin diambil oleh A.S dan mengecam tindakan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri China Zhao Lijian menyatakan bahawa Washington telah melakukan tindakan hegemoni secara terang-terangan. Kenyataan tersebut dianggap tuduhan oleh segelintir pihak dan beliau juga menambah bahawa Beijing menentang dengan tegas terhadap tindakan pentadbiran Trump.

Tambahs Zhao, semenjak ini, AS telah menggunakan isu keselamatan negara dan kuasa yang dipegang untuk mengenakan segala jenis sekatan terhadap perusahaan China. Zhao juga menyatakan bahawa perkara ini bukan sahaja melanggar peraturan perdagangan antarabangsa tetapi turut merosakkan kepentingan nasional dan imej A.S itu sendiri.

Hal ini bakal meningkatkan ketegangan di antara 2 ekonomi gergasi dunia tersebut serta memberi kesan risiko terhadap pasaran global. Pelabur akan lebih berwaspada dan beralih ke arah pasaran lebih selamat jika ketegangan semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat