Ini Tindakan Jepun Dan Eropah Dalam Membantah Tindakan Trump Dalam Perdagangan

717

Pada 17/7, Kesatuan Eropah dan Jepun telah menandatangani perjanjian yang akan menghapus semua tarif import bagi porduk yang akan diperdagangkan.

Hal ini menunjukkan sebuah pesan jelas sebagai tindakan melawan polisi protectionisme Trump. Seperti mana yang telah sedia maklum bahawa, US kini sedang mengenakan pelabagai tarif dan dapat membawa kepada ancaman perdagangan dunia.

Pernjanjian penting yang ditandatangani di Tokyo itu akan meliputi sepertiga dari ekonomi global dan pasaran dengan lebih 600 juta orang.

Kesatuan Eropah dan Jepun telah menunjukkan tekad untuk memimpin dunia sebagai pelopor perdagangan bebas – kata perdana menteri Abe.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker mengatakan perjanjian tersebut adalah bersifat “win-win solution“.

Menurut Juncker, perjanjian tersebut adalah sebagai simbol bahawa perdagangan bukan sekadar tarif dan halangan tetapi mengenai nilai.

Pada 25 Julai ini Jean-Claude akan menemui Presiden US Donald Trump di Washington bagi membincangkan hubungan perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat