Intai Peluang Pada Dagangan EUR/USD Selepas Penurunan 90 Pips Semalam

804

Permulaan dagangan yang kurang menyenangkan buat dolar Euro untuk suku tahun ketiga apabila mencatatkan penurunan pada Isnin khususnya berbanding USD.

Sebagai matawang anti-USD, dagangan matawang Eropah tersebut terkesan selepas USD kembali mengukuh susulan pertemuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping yang kembali meredakan ketegangan pada hubungan dagang dua negara tersebut.

USD yang mengukuh memberi tekanan terhadap dagangan Euro yang berisiko di mana kelihatan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD menunjukkan corak penurunan harga yang ketara selepas mendatar pada minggu lalu.

Harga membuat penurunan sejak awal sesi Asia bermula sehingga melepasi paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum kembali pantul semula menguji paras support MagicS1.

Namun, data PMI perkilangan di zon Eropah yang dikeluarkan pada sesi Eropah semalam mencatatkan bacaan yang kurang memuaskan terkesan oleh ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan politik selain kemerosoton pada industri auto.

Susulan data yang kurang memuaskan itu telah mendorong harga menjunam sehingga 80 pips ke zon RBS (resistance become support) mencecah ke paras 1.12800 sebelum pergerakan harga mendatar pada penghujung sesi pasaran Amerika.

Dagangan EUR/USD yang bersambung pada sesi Asia hari ini masih perlahan dan dijangka akan meneruskan penurunan harga. Penurunan bakal menuju ke paras sekitar support 1.1221 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Penurunan lebih rendah harga dilihat akan mencecah ke paras zon support pada dagangan Jun lalu sekitar paras 1.11800 dengan mencatatkan 100 pips penurunan harga dari paras harga ditutup semalam.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan dan melepasi paras Magic Pivot 1.1312 hari ini, jangkaan kenaikan akan menguji paras resistance pada 1.1344 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Kenaikan seterusnya berkemungkinan menuju ke paras resistance 1.1404 (MagicR2) yang merupakan paras ketinggian harga yang diuji pada dagangan Jun.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1253, 1.1221, 1.1161.

Paras resistance: 1.1344, 1.1404, 1.1435.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat